Monday, November 29, 2010

Keboringan semasa Cuti sekolah

Cuti sekolah sememangnya amat dinantikan.Pabila tibanya musim cuti sekolah,banyak destinasi-destinasi popular akan dipenuhi oleh keluarga-keluarga disebabkan musim cuti.Antara destinasi yang menarik dikunjungi ialah Kuala Lumpur yang merupakan ibu kota kepada Malaysia,Kuching,Sarawak,Kota Kinabalu,dan kalau bernasib baik bercuti di luar negara.Tetapi walaupun musim cuti,akan tetap munculnya perasaan bosan ataupun "boring".Hal ini kerana,pelajar-pelajar yang lain sedang menduduki peperiksaan SPM dan STPM...hahahaha..mereka mesti belajar untuk mencapai kejayaan yang mereka inginkan....Mestilah belajar rajin-rajin..ataupun STUDY SMART...

Wednesday, November 17, 2010

Sukan Asia 2010 di Guangzhou

Saya baru membuat blog khas untuk isu sukan di Malaysia.

Sukan Asia 2010:
Malaysia baru mendapat pingat kedua melalui acara berbasikal bersama gandingan 1-2 nya Josiah Ng selepas mendapat pingat emas pertama nya melalui acara wushu.Persembahan terbaik Kontinjen Malaysia amat diharapkan bagi mengubati kekecewaan di Sukan Asia yang lalu dan mendapat lebih lagi kejayaan pada temasya kali ini seterusnya mencapai lebih dari sasaran 9pingat emas..

Emas Ketiga dari acara Boling:


Gandingan dari Malaysia. Adrian Ang dan Alex Liew menghadiahkan emas ketiga negara di Sukan Asia dalam acara boling berpasangan lelaki sebentar tadi.

Mereka berdua berjaya melakukan 2,711 jatuhan pin menewaskan pencabat terdekat dari Singapura dan Jepun.



Acara Renang:

Perenang negara kelahiran Sarawak, Daniel Bego mara ke pusingan akhir acara 200m kuak kupu-kupu lelaki pada temasya Sukan Asia ke-16 di sini.
Pada saringan acara berkenaan yang berlangsung di Pusat Akuatik Aoti pagi ini, Daniel menduduki tempat ketujuh keseluruhan dengan catatan masa 2 minit 1.52 saat untuk layak ke pusingan akhir yang berlangsung pada sebelah petang.
Sementara itu, seorang lagi perenang negara dalam acara yang sama, Kevin Lim hanya menduduki tempat ke-16 dengan catatan masa 2:08:59s.
Dalam acara lain yang berlangsung di Pusat Akuatik Aoti, Christina Loh mencipta rekod baru kebangsaan dalam acara 50m kuak dada wanita dengan catatan masa 33.22 saat, memperbaiki catatan masa terbaik beliau sebelum ini 33.42 saat.
Pada saringan acara berkenaan, Christina hanya mampu berada di tempat ke-11, manakala seorang lagi perenang negara, Erika Kong di tempat ke-13 dengan catatan masa 33.74 saat

Bola Sepak:
Jangan kecewa setelah tewas kepada Iran.Tumpukan pada kejohanan yang lain...Yang pasti Malaysia Boleh!!!!!!semangat Satu Sukan,Satu Malaysia,Satu Dunia